Laporan tak rasmi dr JPA..
sedey bila kenang nasib kawan2 yg kerja di SUK Sngor dan Perak yang dihalau oleh 'kerajaan' baru yang ditubuhkan selepas PRU12.. apakah ini satu keadilan yang mereka cuba canang2kan?
adakah ini satu keamanan yg mereka janjikan? apa salah pegawai2 yang bekerja dan telah berkhidmat untuk kerajaan negeri masing2? salah kah mereka yang tiada kena mengena dgn politik datang untuk bekerja di awal padi TETAPI kecewa apabila cuba di halau oleh PEMERINTAH baru? baru menang skit dah nek kepala! ingatlah Tuhan bg kesenangan tak lama kalo kita tak tau cara untuk menggunakannya..
"Pesan orang tua-tua ikutkan nafsu lesu, ramai ahli politik belum apa-apa dah lesu. Mana tak lesu dapat kuasa saja mula gila kuasa, gila harta, dan lupa bahawa kuasa itu ‘amanah’ dari Allah. Allah boleh ambil pada bila-bila masa saja. Tengok apa jadi pada Anwar, Isa dan Samy Vellu siapa pun tak sangka, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba tumbang, tunggang langgang macam tu aje. Mereka yang ikutkan ‘rasa’ lebih cepat binasa. Mana tak binasa dapat kuasa mahu lebih kuasa sanggup buat kerja-kerja zalim dan menganiaya orang yang tak berdosa. Jerat tak pernah melupakan pelanduk".
Ramai kawan2 memberitahu mereka menyesal bila tau parti kerajaan sedia ada yg memberikan mereka pertolongan dari sek rendah - peringkat IPT, kerajaan yang memberikan mereka pekerjaan dan kerajaan yg membantu pembangunan negara jatuh ke tangan pembangkang yang hanya mewar2kan penipuan... kawan2 yang cuba untuk 'bermain' undi dan 'yakin' bahawa BN akan memenangi 2/3, cuba mengalihkan undi kpd BA dan akhirnya terjerat dengan kemenangan besar mereka.. JANGAN BERMAIN UNDI! tiada gunanya penyesalan mereka, segala2 nya telah terjadi.. Masa tidak boleh diubah ke belakang.. kita cuma mampu berdoa 4 negeri yang telah diambil oleh pihak pembangkang akan terus maju, kalau tidak rugilah segala perubahan dan kemajuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada.. Sokongan kepada kerajan sedia ada mmg sangat tinggi tetapi ada sesetengah yang cuba memberontak! pemberontakan membawa kepada penyesalan!
sedih juga bila mendengar parti pembangkang cuma mempermainkan isu perkauman bagi meraih undi.. sedih apabila mendapat tau DAP mula meminta2 hak kesamaan antara kaum dgn pegangan MALAYSIA IS MALAYSIAN (no malay, no indian, no chinese)! apa akan terjadi dgn hak2 istimewa org melayu, oleh kerana kerajana sedia ada tidak mendapat 2/3 agak sukar bg mereka mempertahankan dasar2 dan perlembagaan.. bagaimana org melayu boleh mudah lupa diri? apa yg sudah terjadi kepada org melayu?
sedih mmg sedih.. tp kita hanya mampu berdoa agar MALAYSIA menjadi negara yang aman dan selamat untuk hidup.. semoga pembangunan negara terus mara dengan era globalisasi ini!
~AMEN~
0 comments:
Post a Comment