BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 10, 2008

Parlimen Malaysia


Semenjak dua menjak ni, parlimen malaysia mcm makin funny ajer.. mostly mmg rasa mcm kat pasar borong ajer... paling tidak pun mcm kat children playgound! entah ape2 perangai masing2, nak tunjuk sape lagi hebat bercakap kot??? entahlah, ahli2 parlimen ni sume mcm tak respect rakyat yg memilih doang jer, doang rasa doang dpt duk kerusi parlimen doang ade kuasa besar untuk bersuara untuk diri sendiri. Mcm2 perangai lah boleh nampak.

1. Pihak pembangkang xhabis2 nak cari kesalahan kepimpinan kerajaan terdahulu, ade sahaja bukti yg cuba doang nak tunjukkan, janji2 time manifesto dulu langsung xjalan, dah nak setahun pun, yg doang tau kutuk kerajaan terdahulu, rakyat yg pilih doang ni mesti dah boleh buka mata skrg kan??? apa dah pembangkang lakukan & laksanakan pada you all sume??? janji2 doang bagi time manifesto aritu dah tertunai ker? ade yg u nampak??? ke u all nampak doang bergado/cari gado dlm parlimen ajer??? Takpun every week doang kluarkan statement kerajaan negeri sebelum ni didapati buat itu ini... mcm drama jerk!

2. Kerajaan Malaysia pula xhabis2 nak bentangkan bajet yg asik nak menyenangkan rakyat ajer, kadang2 wat decision tanpa berbincang sesame ahli kabinet (ye lah kot??? tak tau ar). Adakah rakyat hargai ape yg kerajaan Malaysia cuba lakukan??? Menteri2 ni sume duk pulun meeting sana sini nak cari solution mcmne nak bantu kesusahan rakyat time economy crisis skrg ni tp rakyat duk sibuk menyokong puak lagi satu tuh... koang tak bosan ker??? pegawai2 kerajaan sume koang rasa koang penat tak duk memikir dasar2 pelbagai sume ni??? pegawai kerajaan pun rakyat gak kan??? tapi org2 atasan ni tak fikir pegawai kerajaan ni rakyat gak??? ada yg disuruh bekerja sampai lewat mlm semata2 nak tukar dasar, bajet dll.

3. Seperti yg kite tau election baru2 ni, ramai pemuda pemudi yg dikatakan 'fresh' lagi dlm dunia politik dan pentadbiran kerajaan yg dapat duduk kerusi2 parlimen ni... koang rasa patut ker??? entahlah, ape yg i nampak dlm parlimen dorang ni meraban je, setakat cakap je boleh ar, pengalaman hidup pun tak cukup, ni nak bagi idea2 baru, ape pemuda pemudi ni dah cukup pengalaman nak mengajar yg lebih senior tentang pentadbiran kerajaan??? i rasa hidup doang pun masih tercari2 jalan yg betul... tp mesti doang banggakan dapat duduk kat kerusi2 tuh.. pastu dapat gelaran lagi! sedangkan kawan2 sebaya doang masih pulun nak membina hidup dan menyusuri pengalaman hidup sebagai pemuda pemudi. Kadang2 nak tergelak tengok ahli2 parlimen yg fresh ni berhujah dlm parlimen, mcm doang masuk pertandingan debat kebangsaan, penuh ngan konfiden dan idea2 yg belum tentu bagus. i perhatikan ini sume cuz doang ni lebih kurang sebaya je ngan i, so i pun tak tau mcmner perjalanan hidup ni, tapi doang dah cukup 'advance'...

4. Perangai mcm budak2! tulah antara ungkapan yang akan sentiasa didengar oleh kebanyakan org yang sempat masuk parlimen, nak2 time doang duk bertikam lidah, pastu tak respect YDP, rasa YDP mcm patung jer, peraturan usah lah doang ikut, ade gak 'Yg Bhg'2 ni sume tak tau ape maksud peraturan. Kesian kadang2 tgk YDP tuh, bila ditegur doang tak nak dengar, suruh diam lagi bising, sebut peraturan mesyuarat, dorang balas balik dgn peraturan lain! Sakit jantung YDP makin kronik lah pasni... kena naikkan elaun YDP ni lah, sian tgk...

5. Cite pasal peraturan mesyuarat, ape yg i nampak sidang parlimen kali ni semua org mcm dlm kelam "Mari Belajar Peraturan Mesyuarat", rasa2nya tak sampe 1thn ahli2 parlimen ni sume boleh hafal dah 1 buku peraturan mesyuarat tuh, pas ni dah tak payah bukak dah, entah2 ade plak yg menambah peraturan baru... manalah tau kan... Dan ape yg i nampak lagi, kalo sesi perbahasan/soal jawab soalan ni diadakan selama 4 jam, 2 jam mesti duk sibuk berbalah pasal peraturan mesyuarat! hehehehehehehe...

6. Soalan yg berkualiti... setiap kali soal jawab parlimen, soalan2 yg muncul skrg mesti soalan remeh yg tidak ke arah kemajuan rakyat, tapi lebih ke arah soalan yg bersifat 'glemer' dan 'populis'... kadang2 soalan tambahan yg diberi oleh YB2 ni sume i rasa mcm soalan budak darjah 6! Cubelah bagi soalan yg mencabar kredibiliti kerajaan sikit, biarlah kerajaan malaysia ni bergerak sikit untuk mengubah kehidupan rakyat malaysia ni... rasa2nye kalau nak tanye soalan statistik dan soalan berapak baik tanye soalan bertulis lah kot... kan bagus kalau dapat tanye soalan 'apakah pendapat', 'bagaimakah kerajaan akan .....', 'apakah langkah2 kerajaan dalam...' dan lain2 soalan yg lebih sesuai dan menjurus ke arah perubahan pentadbiran kerajaan... Ataupun pegawai2 di parlimen tak pilih soalan yg betul2 kot... we'll neva know.. hehehehehehe..

7. Hipokrit! Perkataan paling sesuai, bila kite tgk before masuk dewan, semua ahli2 parlimen tak kire mana pihak pun, bertepuk berpeluk duduk same2, bahagia sangat tgk doang mcmni.. Tp bila kat dalam dewan, bercakaran saje... mcm ade dual-personality je kan... mesti penat nak berlakon mcm tuh kan??? tp ape pun i respect pada sikap2 ahli2 parlimen ni kat lua, bertegur sape and berbahagian... tp kalo bawak kat dalam parlimen mcm ni, sure YDP tak sakit kepala kan?

8. Masa- skrg ni persidangan parlimen berlanjutan sampe tgh2 mlm... kalo dulu2 ptg2 dah hbs, kira ok ar, ade lah ga keje pegawai2 kat parlimen tuh, pastu boleh bg lebih masa kepada ahli2 parlimen untuk bersoal jawab kan... Tp kalo sepanjang masa ahli parlimen hbs kan masa kat dlm dewan tu, bila plak nak hbskan masa ngan rakyat kan??? Nilah namanyer lumrah hidup seorang ahli parlimen, kdg2 sampe tak kenal org tu rakyat setempat yg telah memilih beliau, bukan sebab ape, jarang jumpe katakan...

9. Kerusi kosong-kalo kita tgk dlm dewan bila persidangan, dulu2 banyak je kerusi kosong tak diisi oleh ahli2, tapi kebelakangan ni, agak penuh ar, tapi kat belah pembangkang sana, rajin betul doang dtg everyday kan, yg belah kerajaan plak sekejap ade kejap takde, pihak kerajaan busy kot, yelah, kat office pun nak ade meeting lagi, kalo tak wat meeting, tak bergerak lah kementerian tu kan... tp bila ada isu 'hot', penuh gila!!!!!! respect woooo... time ni lah semakin panas kat dlm dewan2 persidangan tuh...

10. Sensitivity! Kali ni parlimen malaysia mcm dah takde nilai2 kesensitifan lagi, ape sahaja yang telah termaktub dlm perlembagaan boleh dipersoalkan dengan sewenang2nyer, tak kiralah isu ape pun, tp majority isu perkauman, agama & bahasa! isu2 ni mmg teramatlah sensitifnya, tapi ahli2 parlimen khususnya ahli parlimen pembangkang pakai langgar aje,, maybe nak mencabar kerajaan kot?? takutlah kalau isu2 ni dibincangkan dlm parlimen, pastu media coverage teramatlah pantas menyebarkannya, risau tgk keadaan parlimen yg mungkin akan terbawa2 di kalangan rakyat! kalau boleh, cubalah elakkan isu2 ni dibincangkan secara mendalam, kan isu2 ni semua dah termaktub kesahihannya dlm perlembagaan malaysia??? nak bukti ape lagi kan???

Perbezaan di atas adalah perbezaan yg mungkin u all nampak and mungkin u all tak perasan berlaku di dalam parlimen Malaysia semenjak pilihan raya baru2 ni! Ia merupakan satu tamparan yang hebat kepada Parlimen, Perlembagan, Kerajaan, dan seterusnya rakyat. Berdoa lah same2 negara Malaysia akan kekal aman, damai dan berpadu seperti mana ketika pemerintahan beliau ini. Dan sama2lah kita rakyat Malaysia (pelbagai kaum, agama, ahli parlimen atu tidak, pegawai kerajaan atau tidak, kaya atau miskin) kita perlu bersatu menjaga kesucian dan kebanggaan satu2nya Parlimen Malaysia.

Friday, August 15, 2008

???


Inikah 'wife' seorang penulis blog terkenal????
erm... no comment!

Wednesday, July 30, 2008

lama dah....

lama giler i dah tak tulis dlm blog ni.. bukan berpaling tadah pd blog ag satu tuh but IM FED UP WITH MALAYSIA POLITIC! dah rasa mcm duk kat negara yg huru hara plak... pemain2 politik handalan (pemimpin/politicians) asik nak berperang sesama sendiri, tak ingat ke yg doang tuh semua dipilih oleh RAKYAT?????!!!! dah le duk berpeang sesame sendiri, hal2 rakyat dah mcm tak amik peduli... mana2 parti pun same... i hate it! knp lah msia tak leh mcm dulu, aman, semua kaum bersatu & masing2 hidup dengan gembira! bila mamat soang tuh dah mula nak berkuasa, mcm2 plak jadi... kan bgus selama2 nye die diam ajek, die bersuara aje sume org nak ikut cara kotor die tuh! tak hbs2 nak menyuarakan pendapat yg kadang2 i terfikir, "se,ua org pun janji mcm tuh kalo nak jadi PM"! die mcm xde idea lain dah, tak hbs2 tuh je modal die nak porak perandakan kaum kat malaysia dulu!

ni yg buat i nak compare ngan tun det, maybe die tak perfect BUT he really did the best job to maintain malaysia freedom & hak2 negara2 islam! tun det takkan wat decision without analyze the bad/good impact of it! i dun care wut people wanna say about tun BUT he's still the BEST PM ever!

nak bagi msia kekal aman senang je... 'mamat' soang ni kena stop bercakap tak pun die g duk kat negara lain, for example, ngr kebanggan die USA! takpun filipina, kan die banyak kawan seantero dunia! watpe nak bising2 kat sini & cube mengapi-apikan kaum2 kat malaysia! cite2 die mmg besar tapi hanya Tuhan yang tau sape benar and sape salah!

and then muncul lak si shaiful ni ntah dari mana, tuduhan yang sama perlakuan yang sama pada org yang sama! i dun wanna comment more bout this guy because suddenly he appeared and memfofularkan diri die! tak tau le ni kes betul ke konspirasi ke saja2 ke ntah ape2 ke.. I REALLY dont care bout him and his 'beloved' partner!

bestnye dapat lepas geram stlh lama aku tak tulis dlm blog ni!
as a conclusion, politik malaysia dah jadi kotor! teramat kotor sampe org dah jelik!

Wednesday, May 28, 2008

UMNO yang bukan lagi UMNO-quoted from chedet.com

Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.

Dari awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.

Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.

UMNO tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang berani jemput saya lagi. Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.

Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.

Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.

Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.

Sikap dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi saya adalah musuh UMNO.

Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.

Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.

Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Pemimpin UMNO membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.

Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.

Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.

Kerana saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya terpaksa keluar daripada parti ini.

Saya sedih bukan sahaja kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement). Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat. Kita tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.

Saya percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 8:57 AM

Tuesday, May 27, 2008

Pemimpin Pemusnah - quoted from chedet.com

Apabila musuh menyokong ketua pasukan lawannya, kita boleh ramal ada sesuatu yang tidak kena berkenaan dengan ketua tersebut.

Inilah yang kita sedang lihat berkenaan dengan Presiden UMNO sekarang. Secara langsung dan tidak langsung kita lihat ketua-ketua parti lawan menyokong pengekalan Dato Seri Abdullah Badawi sebagai ketua atau Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Demikian Karpal Singh, musuh ketat UMNO menasihatkan saya supaya bersara dan tidak campurtangan dalam urusan kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi.

Dato Seri Anwar Ibrahim pula menyata secara terbuka kepada The Straits Times (Singapura), jika Abdullah teruskan (kepimpinannya) “it is also good for us because he is weak” (Jika Abdullah terus (memimpin) ia adalah baik bagi kita (parti lawan) kerana dia lemah).

Pemimpin-pemimpin PAS secara peribadi membuat kenyataan yang sama.

Mungkin ini adalah strategi parti lawan untuk menjatuhkan Dato Seri Abdullah. Tetapi mereka tidak pernah berkata demikian berkenaan Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu atau berkenaan pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan parti-parti komponen yang lain.

Mereka juga tidak pernah berkata demikian terhadap Dato Seri Abdullah sebelum dia memimpin Barisan Nasional dan UMNO dalam kekalahan yang teruk pada 2008.

Walaupun demikian pemimpin-pemimpin parti-parti lawan ini tidak pernah betul-betul serang Dato Seri Abdullah sejak dia mengambil alih teraju Barisan Nasional dan UMNO pada 2003 hingga 2008 sepertimana mereka mengecam dan mencerca pemimpin-pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan UMNO sepanjang masa dahulu. Kenapa?

Kemungkinan besar mereka sedar bagaimana ahli dan penyokong setia Barisan Nasional telah hilang kepercayaan dan benci kepada Dato Seri Abdullah. Mungkin mereka berharap kebencian ini akan berterusan dan mengurangkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional. Ini sahaja boleh memberi kemenangan kepada parti lawan di kawasan-kawasan tertentu dalam Pilihanraya Umum ke 13. Mungkin juga terlintas di hati mereka bahawa penyokong Barisan Nasional dan ahli-ahli parti Barisan Nasional akan kekal dengan pendirian mereka dan mengundi parti lawan.

Keputusan Pilihanraya 2008 menunjuk dengan jelas yang penyokong Barisan Nasional dan ahli parti Barisan Nasional telah sabotaj (mengikut pendapat Dato Seri Abdullah sendiri) Barisan Nasional, telah undi parti lawan, telah menyebabkan calon-calon Barisan Nasional kalah di kawasan-kawasan tradisional mereka. Sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti lawan, -- posmen, penjaja, penyanyi karaoke – menang melawan Barisan Nasional.

Walau apapun alasan yang diberi oleh Dato Seri Abdullah dan konco-konconya, parti-parti lawan sedar bahawa kemenangan mereka yang besar di sebabkan oleh Dato Seri Abdullah, cara pentadbirannya dan tindaklakunya. Barisan Nasional telah kalah di lima negeri dan satu wilayah dan tidak dapat 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat.

Jika kepimpinan Dato Seri Abdullah diteruskan, sokongan kepada Barisan Nasional tetap akan terus merosot lagi sehingga kalah diperingkat pusat. Kemungkinan ini menjadi lebih besar jika parti-parti pembangkang dapat dirikan pemerintahan yang baik di negeri-negeri dimana mereka berkuasa. Penyokong Barisan Nasional yang berpaling tadah mungkin akan kekal dengan pendirian mereka kerana ini. Dengan itu tak mungkin lagi Barisan Nasional menawan semula negeri-negeri yang telah ditawan oleh parti lawan.

Dan yang buruk sekali ialah kemungkinan Barisan Nasional kalah diperingkat Pusat. Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat pusat, Barisan Nasional dan UMNO tidak mungkin lagi memperolehi kuasa di negara tercinta ini.

Inilah musibah yang dijanjikan oleh pengekalan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Segala keistimewaan Bumiputra dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang terus, walau apa pun janji oleh pihak lain.

Mereka yang hari ini mempertahankan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi harus fikir dengan mendalam. Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau jawatan tertentu dalam parti di waktu ini.

Tetapi apabila kuasa sudah tidak ada pada Barisan Nasional nikmat tidak akan diperolehi lagi. Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat nikmat lagi.

Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian.

Pemimpin yang disokong oleh parti lawan bukan pemimpin sebenarnya. Pemimpin yang disokong oleh parti lawan akan memusnahkan kita.

Oleh itu bertindaklah sekarang sebelum terlalu lewat. Kita tidak punyai masa. Jika Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan sekarang masa untuk memulih semula UMNO dan Barisan Nasional akan jadi terlalu singkat sebelum Pilihanraya ke 13.


Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 10:22 PM

Sunday, May 25, 2008

Ada Untukmu by NUBHAN AF6

i neva found such a touching Malay Song sing by a young boy actually, im so touch with Nubhan song and i believe he can be a popstar! His voice can melt gals hearts!

Thursday, May 22, 2008

politicians vs leaders

Politicians..

i dunno if i realy understand d meaning of the word 'politician' ..
as far as i know politicians are the people who are being choosen by the RAKYAT to be their areas representatives and fight for their rights.. these politicians are suppose to OBEY their RAKYAT voices rather than OBEY the LEADERS voices! erm.. a bit confused! hehehehe
Politicians are responsible for any of the RAKYAT problems & rights.. If they dont serve RAKYAT, then they are not their good representatives! i wonder if todays politicians are doing their ACTUAL jobs!

Leaders..

LEADERS are people who lead other people OR people who are responsible for their followers.. they must know how to handle their followers in terms of serving the RAKYAT..
leaders must know how to make the right decission in doing their actions which are going to effect the RAKYAT..
they must know if they doing the right decission at the right time & place to the right person!

LEADERS can be a POLITICIANS..
BUT not all POLITICIANS are the LEADERS!

when leaders & politicians keep mind each other business & keep blaming each others for the wrong actions, they are going to be a big problem in the organization & it will EFFECT the RAKYAT..